PELAKSANAAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENDEPANI GLOBALISASI

Moch. Aderi Che Noh, Asmawati Suhid, Zamri Abdul Rahim

Abstract


Pendidikan merupakan salah satu aspek yang sangat di titik beratkan di dalam agama Islam. Pendidikan menurut perspektif Islam bukan sekadar  pemindahan ilmu daripada  seorang guru kepada murid bahkan merupakan suatu proses untuk membentuk diri manusia  yang berjaya di dunia dan akhirat.  Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum dan agama menjadi cabaran dalam penyampaian risalah Pendidikan Islam, khususnya dalam negara yang mempunyai penduduk muslim dan non-muslim. Perbezaan keturunan, bangsa dan agama bukan menjadi penghalang bagi pelaksanaan Pendidikan Islam di Malaysia. Setiap cabaran yang wujud perlu ditangani dengan penuh hikmah dan berkesan bagi memastikan agenda memperkasa pendidikan ke arah menerapkan Pendidikan Islam dapat dilaksanakan. Manusia yang lahir daripada proses pendidikan Islam ini mampu melaksanakan tugas mereka sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini. Oleh itu, aspek utama yang ditekankan dalam proses pendidikan Islam ini ialah keseimbangan antara jasmani, emosi, rohani dan intelak. Keseimbangan peribadi menjadi matlamat utama pendidikan Islam kerana dengannya manusia dapat menjalani kehidupan dengan sempurna (Mohd Aderi et al. 2014). Sehubungan itu, pembinaan generasi soleh menjadi agenda utama dalam pendidikan Islam. Generasi yang dibina ini mempunyai nilai jati diri Islam yang unggul dan seimbang  dengan berpegang teguh kepada ajaran yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Inilah yang telah ditegaskan oleh al- Qaradhawi (1992) bahawa pendidikan Islam ialah pendidikan manusia seutuhnya, akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan ketrampilannya. Oleh itu, dengan keseimbangan yang dimiliki oleh umat Islam melalui proses pendidikan Islam ini dan kekuatan jati diri yang berteraskan tauhid mereka mampu menghadapi cabaran sepanjang zaman termasuk zaman globalisasi.

Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Tamuri dan Azrin Ismail. (2009). Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke atas Remaja Melayu Luar Bandar. Jurnal Sari 27: 199 – 212

Abdul Rahman. (2002). Tradisi Falsafah ilmu: Pengantar Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.

Abdul Rahman Mahmood. (2009). Penerimaan Bukan Islam Terhadap Bukan Islam Terhadap Islam Hadhari. Jurnal Hadhari 3 (2) 63 – 82.

Adnan @ Nan Kamis. (1992). Satu Kajian Latar Belakang Sosial Dan Hubungannya Dengan Sikap Prasangka Atau Toleransi Terhadap Integrasi Nasional. Tesis Dr.Fal, Fakluti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Mohd.Salleh. (1997). Pendidikan Islam Falsafah,Pedagogi dan Metodologi. Selangor: Fajar Bakti Sdn.bhd.

Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy. (1991). Falsafah Pendidikan Islam. Terj. Hassan Langgulung. Shah Alam: Hizbi.

Amaludin Ab. Rahman Et. Al. (2011). Persepsi Dan Kefahaman Masyarakat dan Matlamatnya” dalam Pendidikan Islam: Peranannya dalam Pembangunan Ummah. Edar, ms.14-24.

Azhar Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2005). Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pendidikan.

Basri Husin (2009). Beberapa Aspek Epistemologi: Konsep, Tabiat dan Sumber-sumber Ilmu dalam Tradisi Islam. Journal of Usuluddin, 30, 185-208.

El-Muhammady. (1993). “Pendidikan Islam Era 2020: Satu Penghayatan Menyeluruh” dalam Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur dan Strategi. Selangor: Tekno

Fatimah Daud. (2011). Pendidikan Islam Dalam Perpaduan Multi-Etnik Di Malaysia. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011.

Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub. (2006). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hanafi Mohamed. (1996). Falsafah Pendidikan Menurut al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi

H. H Bilgrami. (1979). "Islamic System of Education" in Islamic Education Quarterly. Vol. 1. No. 2. pp.(Cambridge: The Islamic Academy)

Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman (1996M./1417H.), Muqaddimah Ibn Khaldun, c. 3. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibnu Khaldun. (2001). Mukaddimah Inbu Khaldun (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2012). Pendidikan Islam: Kaedah pengajaran dan pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Miskawaih, Ahmad Ibnu Muhammad. (1966).“Tahdhib al-Akhlaq.” Suntingan C.K. Zuraik. Beirut: American University of Beirut

Mohd Nasir Omar. (2005). Gagasan Islamisasi Ilmu. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Najeemah Mohd Yusof. (2005). Multicultural Education Practice among Teachers in National Secondary Schools: A Case Study in Kedah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 20(97-111).

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi semula kurikulum pendidikan Islam. Tanjong Malim: UPSI

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan pembelajaran: penelitian semula konsep-konsep asas menurut perspektif gagasan islamisasi ilmu moden.

Noor Hisham Md Nawi. (2012). Islamisasi kurikulum pendidikan islam di institusi pendidikan guru: tribulasi dan cadangan. Proses Islamisasi Di Malaysia. Jurnal Hadhari Bil. 2: 33-51

Rosnani Hashim. (2011). Kurikulum pendidikan dari perspektif Islam dalam konteks pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam . 9(4) ms 9-26

Rosnani Hashim. (1998). Islamization of curriculum as an effort to meet the educational challenges. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Islamisasi Pendidikan: Menangani Cabaran. Anjuran Jabatan Pendidikan, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 14-16 Julai.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maskh Sdn. Bhd

Samsul Nizar. (2002). Filsafat pendidikan Islam: Pendekatan historis, teoritis dan praktis. ciputat Pers. Indonesia.

Syed Naquib al Attas.(1993). Islam and Secularism (Cet. Ke-2). Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Syed Ismail Syed Mustapha & Ahmad Subki Maskom. (2010). Budaya Dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (2005), Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, ms. 92.

Wan Norina Wan Hamat. Et. al (2013). Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia, The Online Journal of Islamic Education. January 2013, Vol. 1 Issue 1:17-27.

Zawawi Hj Ahmad. (1994). “Pendidikan Islam: Ditinjau daripada Sudut Prinsip, Konsep, Selangor: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, ms.13-60.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


_____________________________________

FAKULTAS AGAMA ISLAM

UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH PONOROGO

Jl. Budi Utomo No.10, Ronowijayan, Siman, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur 63471

View My Stats ISIE UMPO 2018

Indexed By:

Supported By: